| Ustaz dan Ustazah Kecil Mari Mengenal Rukun Sembahyang
Harga: BND4.00
Berat: 0.095kg
ISBN: 978-99917-69-86-8
| Sembahyang ialah rukun Islam kedua daripada rukun Islam yang lima. Setiap Muslim wajib mengetahui rukun-rukun dalam sembahyang. Buku Ustaz dan Ustazah Kecil Mari Mengenal Rukun Sembahyang tampil dalam bentuk buku bacaan mudah, sesuai dengan tahap pemahaman golongan kanak-kanak. Buku ini mengajar dan memberikan panduan asas kepada kanak-kanak untuk mengenal dan belajar rukun sembahyang dan sembahyang fardu. |
---|
| Ustazah Kecil Mari Berpuasa
Harga: BND3.00
Berat: 0.055kg
ISBN: 978-99917-69-90-5
| Buku Ustazah Kecil Mari Berpuasa ini disusun dalam bentuk yang mudah untuk dijadikan rujukan asas ibu bapa dalam membimbing anak-anak mengenai rukun Islam ketiga, iaitu puasa dalam bulan Ramadan. Buku ini mengajar dan memberikan panduan asas kepada kanak-kanak untuk mengenal dan belajar berpuasa. Dengan pengolahan bahasa yang mudah dan ilustrasi yang menarik pastinya dapat menarik minat anak-anak untuk mempelajarinya. |
---|
| Koleksi Irama dan Lagu O Kanak-Kanak
Harga: BND20.00
Berat: 0.550kg
ISBN: 978-99917-69-97-4
| Koleksi Irama dan Lagu O Kanak-Kanak ini memuatkan sebanyak 56 buah lagu. Penerbitan buku ini turut mengandungi glosari bahasa Melayu Brunei dan disertakan dengan pemacu pena (pendrive) yang bertujuan untuk mengetengahkan lagu kanak-kanak yang merupakan salah satu seni kebudayaan bangsa, sekali gus sebagai elemen pemeliharaan, pengenalan dan penyebaran kepada generasi baharu dan para belia agar tidak pupus ditelan zaman.
|
---|
| Abjad ABC Binatang
Harga: BND5.00
Berat: 0.080kg
ISBN: 978-99917-69-62-2
| Abjad ABC Binatang merupakan buku tambahan literasi awal kanak-kanak dan sebagai salah satu inisiatif jabatan untuk menggalakkan budaya membaca di peringkat awal lagi. Dilengkapi dengan penggunaan abjad A hingga Z yang menumpukan kepada nama-nama binatang dengan ilustrasi yang menarik.
|
---|
| Jelajah Tongkat Si Maun Bahtera Zahir
Harga: BND5.00
Berat: 0.095kg
ISBN: 978-99917-69-92-9
| Bahtera dan Zahir beradu silat bersama murid-murid lain di sekolah seni mempertahankan diri di hadapan mahaguru mereka. Bahtera menyerlah sebagai salah seorang penuntut terbaik di sekolah tersebut.
Berita ini menarik perhatian Sultan Sulaiman dan Baginda pun membuat lawatan ke Kampung Tanah Sukam, tempat Bahtera menetap. Semasa Sultan Sulaiman berada di kampung itu terjadi suatu peristiwa. Apakah yang terjadi? Ikutilah cerita penuh aksi yang mendebarkan ini.
|
---|
| Sang Cengkerik dan Sang Belalang
Harga: BND4.00
Berat: 0.085kg
ISBN: 978-99917-69-59-2
| Binatang yang dicipta oleh Allah subhanahu wa taala mempunyai kelebihan masing-masing. Kehidup-an mereka di dalam hutan sangat berbeza. Ada yang kuat dan ada pula yang lemah. Watak penting dalam buku ini ialah Sang Cengkerik dan Sang Belalang.
Kedua-duanya memiliki sifat yang berbeza, iaitu sombong dan baik hati. Siapakah pemegang watak yang sombong? Siapa pula yang mempunyai sifat baik hati? Moral dalam cerita ini mengajar kanak-kanak untuk tidak bersifat sombong. Sesiapa yang sombong tidak disukai oleh orang atau kawan-kawan malah merugikan diri sendiri.
|
---|
| Kumpulan Skrip Drama Pentas Nya Urang
Harga: BND7.00
Berat: 0.265kg
ISBN: 978-99917-69-81-3
| NINI BINI: (KEHAIRANAN) Siapa danganmu bacarita atu? MAMAT: Nini laki bah. Ni ... tu nah sanyum-sanyum di balakang kita ah. Inda kan kita inda taliat. NINI BINI: Astaghfirullahalazim, Mamat. Nini lakimu ... taun lapas sudah maninggal sama kawannya, Pak karim atu. Inda kau ingatkah? MAMAT: (BERFIKIR) Inda mungkin ... jadi, yang bacakap sama kadiaku tadi siapa? (BINGUNG) Banar, nini ... aku sama nini laki tadi carita-carita di sini. |
---|
| Panggilan Kekerabatan Dialek Melayu Kedayan
Harga: BND7.00
Berat: 0.165kg
ISBN: 978-99917-69-99-8
| Satu kajian sosiolinguistik yang berkaitan dengan sistem kekerabatan dalam kalangan puak Melayu Kedayan di Negara Brunei Darussalam.
Perbincangan mengenai fenomena perubahan bahasa dalam sesebuah institusi keluarga amat menarik untuk dikupas terutama yang berhubung kait dengan istilah-istilah kekerabatan. Istilah-istilah seperti tua, tangah, amit dan bungsu masih dipraktikkan oleh puak Melayu Kedayan sehingga kini.
Persoalannya bagaimana dua generasi penutur ini saling membahasakan diri mereka ketika merujuk atau menyapa ahli keluarga masing-masing. |
---|
| Lakak-Lakak #2
Harga: BND7.00
Berat: 0.125kg
ISBN: 2710-3641
| Edisi Kedua kompilasi komik daripada pelukis-pelukis tempatan.
|
| Kumpulan Sajak Cintaku di Ufuk Timur
Harga: BND7.00
Berat: 0.195kg
ISBN: 978-99917-69-75-2
| Semua takdir ditentukan oleh Allah subhanahu wa taala. Segala usaha wajib dilakukan bahkan rahsia alam hanya Allah yang Tahu. Inilah tema yang ingin disampaikan dalam Kumpulan Sajak Cintaku di Ufuk Timur.
|
| Kumpulan Sajak Sungai, Laut dan Kita
Harga: BND6.00
Berat: 0.110kg
ISBN: 978-99917-69-64-4
| Kumpulan Sajak ini mengungkapkan denyut nadi sebuah perjalanan dan melewati banyak permukaan. Banyak pengajaran yang dijadikan teras dalam perjalanan sehingga dapat memaknai hidup dan mengintrospeksi diri.
|
| Kumpulan Sajak Inilah Hala Tujuku
Harga: BND6.00
Berat: 0.115kg
ISBN: 978-99917-69-73-8
| Puisi-puisi dalam buku ini menggarap pengalaman dan pengamatan OmeyaD terhadap fenomena dunia. Namun begitu, tujuan penulis adalah untuk menggalakkan para pembaca berfikir, merenung dan memberikan tafsiran sendiri secara bebas terhadap setiap puisinya.
|
| Kumpulan Sajak Jejak-Jejak Kehidupan
Harga: BND8.00
Berat: 0.115kg
ISBN: 978-99917-69-71-4 | Kumpulan Sajak Jejak-Jejak Kehidupan karya K. Manis menggarap pengalaman, cabaran dan dugaan yang dilalui dalam kehidupan. Cetusan idea dan nukilan rasa dijadikan inspirasi kemudian diadun dalam bait-bait sajak. Peristiwa dunia juga turut disisipkan dalam sajak ini.
|
| Kumpulan Sajak Rahsia Huruf
Harga: BND6.00
Berat: 0.115kg
ISBN: 978-99917-69-74-5 | Kehidupan ini ialah satu pengembaraan yang penuh rahsia. Pengembaraan bermula daripada diri sendiri dengan memilih labirin kata dan huruf agar ia dapat dirasai serta dinikmati bersama.
Pengembaraan hidup menelusuri rahsia-rahsia percintaan, perjuangan, kegembiraan, kedamaian dan ketuhanan.
Kesemua rahsia itu dihimpunkan menjadi satu menerusi Kumpulan Sajak Rahsia Huruf dalam mencari makna sebuah kehidupan sebenar.
|
| Kumpulan Skrip Drama Pentas Ma'al Hayat
Harga: BND7.00
Berat: 0.165kg
ISBN: 978-99917-69-72-1 | Sebuah karya yang mengajak pembaca berbicara, melihat dan mendengar citra dan simfoni kehidupan, memikirkan bersama tentang hidup dan kehidupan sebelum dan selepasnya.
Kehidupan itu pula dituangkan ke dalam Ma'al Hayat yang diisi dengan enam buah drama pendek. Raja Paduka, Bakat, Rezeki, Kalam Hikayat, Pe(mimpi)n, dan Ma'al Hayat merupakan antara wakil kecil kepada pengisian kehidupan itu sendiri.
|
| Kumpulan Sajak Aku dan Sandiwara
Harga: BND6.00
Berat: 0.170kg
ISBN: 978-99917-69-79-0 | Kumpulan sajak ini ialah sebuah karya yang terangsang daripada daya fikir Kamar D51 dalam mengamati ragam kehidupan dan pentas sandiwara dunia. Keseluruhan judul sajak daripada pembuka tirai sehingga penutup tirai tersusun rapi dan sarat dengan mesej di sebalik bait-bait sajak yang tersurat.
|
| Kumpulan Cerpen pe.
Harga: BND6.00
Berat: 0.180kg
ISBN: 978-99917-69-85-1 | Kumpulan cerpen ini diberi tajuk pe. kerana memperkenalkan stail penulisannya dengan membongkar langkah maju penulis untuk beralih dari satu keadaan yang biasa dan mutakhir ini menjadi karya bersifat serantau dan universal.
|
| Cintaku Tumpah di Felda
Harga: BND8.00
Berat: 0.315kg
ISBN: 978-99917-69-83-7 | Sebuah cinta dan harapan yang diperjuangkan dalam doa dan usaha seorang peneroka ladang kelapa sawit. Saat kehidupannya di posisi paling bawah, dia tidak pernah berasa putus asa. Sifat optimis Haji Hambali dalam mengusahakan ladangnya membuahkan hasil. Namun, hambatan demi hambatan dihadapinya dalam mengembangluaskan ladang kelapa sawitnya.
|
| Kumpulan Drama Taman Mimpi
Harga: BND6.00
Berat: 0.115kg
ISBN: 978-9917-69-84-4 | Kumpulan Drama Taman Mimpi merupakan satu realiti kehidupan yang terperangkap di dalam sebuah taman. Taman yang dipenuhi mimpi dan igauan yang panjang dan meletihkan. Sebuah taman yang sunyi dan terasing. Sebuah taman yang hanya ada malam. Malam yang memberi ruang kepada manusia untuk ketawa dan menangis. Sebuah taman yang menyimpan rahsia mimpi dan harapan manusia untuk melihat terbitnya matahari.
|
| Kumpulan Sajak Kanak-Kanak Perahu Tambang
Harga: BND4.50
Berat; 0.120kg
ISBN: 978-99917-69-61-5 | Perahu Tambang nukilan Hidop Zin sarat dengan bahasa yang santun dan pengajaran. Di samping ilustrasi yang menarik, isi puisi menggambarkan ciri kebruneian dan puisinya dapat menanamkan budaya positif kepada pembaca.
|
| Selam Skuba ke Lautan Hatiku
Harga: BND6.00
Berat: 0.225kg
ISBN: 978-9917-69-87-5 | Novel ini merupakan sebuah novel yang mengangkat watak-watak wanita yang mempunyai kekuatan dan kecekalan dalam melayari kehidupan yang bergelut dengan permasalahan.
|
| Ditipu Jin Penunggu Pokok Pisang
Harga: BND4.00
Berat: 0.085kg
ISBN: 978-99917-69-57-8 | Buku ini mengandungi cerita mistik atau alam ghaib, namun mesej yang disampaikan bertujuan untuk membentuk sahsiah budaya membaca melalui elemen pengajaran dan keagamaan.
|
| Sebatang Pokok Meranti Tembaga dan Lalang
The Meranti Tembaga Tree and The Weeds
Harga: BND4.50
Berat: 0.065kg
ISBN: 978-99917-69-60-8 | Buku cerita ini menceritakan mengenai sebatang Pokok Meranti Tembaga dan Lalang yang boleh berkata-kata, bergurau senda, dan mempunyai perasaan seperti manusia. Cerita ini mengandungi mesej yang positif dan menyarankan supaya berbuat baik dengan orang sekeliling dan menghargai sesama sendiri dengan tidak sikap sombong kepada orang.
This storybook tells about the Meranti Tembaga Tree and the Weeds that are able to talk, joke, and have feelings identical to human beings. This story contains a value of being kinf to those around us and appreciate each other.
|
| Itik Serati Terbang Mengembara
Harga: BND4.00
Berat: 0.080kg
ISBN: 978-99917-69-55-4 | Buku ini menceritakan mengenai seekor itik serati yang meninggalkan tuannya semata-mata ingin hidup bebas. Bagaimanapun, setelah penat terbang, ia ingin kembali semula kepada tuannya. Pelbagai rintangan dilaluinya sehingga ia berasa takut dan menyesal kerana lari daripada tuannya.
|
| Monyet Nakal dengan Semut
Harga: BND4.00
Berat: 0.065kg
ISBN: 978-99917-69-53-0 | Buku ini memuatkan tentang kisah tiga ekor monyet nakal yang menceroboh busut semut, namun semut tidak berdiam diri dan mereka bertindak untuk menyerang. Akhirnya, ketiga-tiga monyet terpaksa menyelamatkan diri.
|
| Akibat Tamak
Harga: BND4.00
Berat: 0.085kg
ISBN: 978-99917-69-58-5 | Buku ini menceritakan mengenai kehidupan Liau Salleh dan dua orang anaknya bernama Lakim dan Shukor. Meskipun hidup mereka serba kekurangan, Liau Salleh tidak pernah meminta sedekah, malah dia sangat rajin mencari rezeki.
|
| Zoy Topeng Sakti Siri 9
Harga: BND4.00
Berat: 0.060kg
ISBN: 978-99917-69-82-0 | Komik bersiri yang mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Zoy yang memiliki topeng sakti. Kesaktian topeng ini menjadikan dirinya seorang yang gagah dan berani.
|
| Kamus Istilah Pengurusan
Harga: BND5.00
Berat: 0.085kg
ISBN: 978-99917-69-63-9 | Kamus Istilah Pengurusan yang mengandungi 260 entri takrifan ini dapat membantu mahasiswa, penjawat awam, pakar yang berkepentingan khususnya dan orang awam amnya memahami konsep-konsep yang dihuraikan dengan lebih terperinci dan mendalam sebagai sumber rujukan utama.
|
| Hassan Yang Malas
Harga: BND4.00
Berat: 0.080kg
ISBN: 978-99917-69-56-1 | Buku ini merupakan cerita yang mengandungi pengajaran untuk mendidik dan menanamkan sikap yang mulia dalam diri kanak-kanak.
|
| Pantun Kontemporari dalam Mukun Brunei
Harga: BND7.00
Berat: 0.225kg
ISBN: 978-99917-69-67-7 | Buku ini merungkai "keberadaan" pantun dalam konteks moden khususnya pantun dalam bermukun. Beberapa pendapat sarjana seperti Harun Mat Piah, Muhammad Haji Salleh, R.O. Winstedt dan R.J. Wilkinson dijadikan sandaran bagi melihat "penyimpangan" dan pengekalan tradisi pantun.
Keindahan pantun sebagai pantun Brunei turut diperlihatkan dengan berpandukan model "Sukut" yang diperkenalkan oleh Haji Hashim Haji Abdul Hamid. Dengan melihat keterikatan pantun tradisional dan merungkai elemen-elemen "baharu" dalam pantun bermukun menjadikannya sebagai Pantun Kontemporari yang wujud pada masa terdekat.
|
| Puncak Pertama [Cetak Ulang]
Harga: BND6.00
Berat:
ISBN: 978-99917-69-64-6
| Buku ini membincangkan mengenai persoalan bangsa Brunei yang dilihat dari sudut sosiopolitik yang memfokuskan unsur ekstrinsik dalam karya sastera kreatif. Tumpuan khusus diberikan dalam melihat identiti atau jati diri bangsa Brunei itu melalui novel Puncak Pertama karya Muslim Burmat. Identiti atau jati diri bangsa Brunei sewajarnya dilihat dari segi kebudayaannya yang merangkumi gagasan pemikiran atau idea, material budaya dan pengucapan.
Hal tersebut termasuklah dari segi adat istiadat bangsa Brunei yang dijadikan hukum, undang-undang, peraturan, keyakinan, pegangan dan disiplin. Salah satu unsur yang terkandung di dalamnya ialah unsur ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara.Oleh yang demikian, penulisan ini melihat sejauh mana jati diri bangsa Brunei itu hidup di Negara Brunei Darussalam ini yang terpancar melalui novel Puncak Pertama, baik yang tersurat mahupun yang tersirat.
|
---|